Algebra @ Karangkraf
-Photoshoot majalh KLIK
-Algebra promotion di booth Nasyeed.Com
Salam..
24 Dis. 08 lalu, kami, Algebra outing bersama Abg.Razin, Kak Mass, Kak Lin, Ada dan Raz. Kitaorang g tengok movie kat Mid Valley. Kami Algebra hanya bertiga. Ahnaf pada masa tu berada kat UIA, Hafiedz pula ade kerja. Jadi tinggallah kami bertiga je, Aky, Alieff n King. Huhu.. Tapi Nasib la ade Abg.Razin n akak2 yang sproting join sekali. Kami outing ni sebenarnya pertama kali bersama Abg.Razin n akak2 ni. Memang satu pengalaman dan kenangan yang best yang kami tak lupakan..
“The Day the Earth Stood Still”. Itulah tajuk filem yang kami tonton tempoh hari. Filem yang boleh dikategorikan sebagai sains-fiksyen (sci-fi) ni agak berat penceritaannya sebab penonton2 perlu berfikir apa maksud yang tersirat disebalik babak2 yang di tayangkan di dalam filem ni. Sekali tonton mungkin tak tercapai lagi maksud untuk difahamkan. Tapi mungkin selepas beberapa kali maksud disebalik cerita ini akan sampai. Need to digest more.. hehe.. Overall, filem ini best. Tak rugi la kalau tonton pun sebab effects dalam cerita ni best.

Best..
Bila bercerita tentang lagu Aku Bukan Musuh Harta
Lagu Aku Bukan Musuh Harta telah di gam dari berkemundang melalui radio RTM. Menurut laporan akhbar BERITA MINGGU terbitan 21 Disember 2008, Timbalan Ketua Pengarah Jabatan Penyiaran menyatakan Lagu Aku Bukan Musuh Harta tidak diluluskan kerana LIRIKNYA TIDAK SESUAI.

IMEJ rock tapi berserban. Mesti ramai yang pelik atau tidak faham apa yang cuba ditonjolkan oleh kumpulan anak muda ini. Namun, inilah imej yang diperkenalkan kepada umum oleh kumpulan nasyid baru yang menggelarkan diri mereka sebagai Algebra. Mengapa Algebra? Kerana mereka mahu mengangkat salah satu ilmu matematik yang dicetuskan oleh ilmuan Islam, Al-Khawarazmi. Bangga dengan imej yang dibawa, mereka yakin imej berserban akan menjadi satu trend buat remaja.
Ahnaf Jamal, si penyanyi vokalis kumpulan ini tahu, buat orang yang pertama kali melihat cara mereka, perkataan pelik atau janggal berpakaian akan terlintas di fikiran. Dia dan rakan-rakannya mahu serban menjadi lambang Algebra bila mereka menjadi terkenal nanti dan secara tidak langsung menjadi fesyen orang ramai. “Kami tak segan dengan imej yang ditonjolkan. Lagipun apa yang kami mahu tunjuk ialah Algebra adalah kumpulan band yang membawakan lagu-lagu dakwah. Sebenarnya, serban bukan saja melambangkan salah satu pakaian orang Islam, tetapi ia lebih daripada itu. Tak kisahlah nak pakai pakaian macam mana. Kemeja-T ke, atau seluar jean, tak ada rasa janggal langsung untuk kami memadankan pemakaian kami dengan serban,” katanya.
Bercerita tentang muziknya pula, lagu-lagu mereka cukup bersahaja. Mesej nasihat dan ketuhanan yang disampaikan juga jelas tanpa memerlukan lirik yang begitu tersirat. Uniknya, muzik band yang ditonjolkan oleh Algebra jelas mampu memikat hati remaja yang gemarkan muzik-muzik segar. Bermain alatan muzik seperti gitar, drum, keyboard mahupun perkusi membuatkan lima remaja ini selesa dengan penyampaian mesej dakwah dengan cara yang tersendiri.
Petikan berita dari KOSMO!
Salam.. Pada 13 Dis.2008 lalu Algebra telah menghadiri satu program gathering yang bertempat di pejabat Nasyeed.Com.”Mesra di Alam Maya Bersua di Alam Nyata”, itulah tema bagi program gathering yang dinamakan Nasyid & Friends. Program ini adalah hasil usahasama Nasyeed.Com dan Nasyid FM(Dari Singapura) dengan kerjasama Persatuan Penggiat Industri Nasyid Malaysia(PIN) adalah untuk meraikan para peminat dan penggiat industri nasyid yang selama ini banyak menyokong 2 komuniti ini dalam usaha untuk menaikkan industri nasyid ke mata dunia. Ya.. Sebelum terlupa, aturan majlis dimulakan dengan bacaan doa oleh Ust Sohibul Fadhil Sabikin (penggiat terawal yang memperkenalkan industri nasyid di Malaysia), diikuti dengan ucapan dari CEO Nasyid fm iaitu En.Muhammad Firdaus Zamri dan Presiden PIN iaitu En.Mahadi Mohd.
Majlis ini juga turut diserikan dengan kehadiran beberapa rakan artis, antaranya abg2. Mestica, Bro.Zaidi (Wildan), InHeart(Akademi Nasyid), Sofieya(Akademi Nasyid), Waheeda, dan juga Ust. Akil Hayy. Pada majlis tersebut Algebra turut membuat persembahan berkonsepkan akustik dengan menyampaikan lagu-lagu dari album ‘Yang Benar tetap Benar’ (album kami.. hehe) Dapat disimpulkan disini bahawa dengan adanya program sebegini telah dapat merapatkan lagi ukhuwah di kalangan peminat dan penggiat industri nasyid walau dimana sekalipun mereka berada….
::-king-::
Ehsan Nasyeed.Com

Album pertama telah dilancarkan pada 25hb November 2008.
Show Algebra di hadapan Tuan Guru Nik Aziz