Show Algebra di UKM

Any info we will update later tq. =)

Algebra at Malaysia Hari Ini (MHI), tv3

Live show at MHI, TV3 around 7.00am-10.00am

Pengumuman!!!!

Algebra sedang merancang dan akan melancarkan ‘Fan Club’ Algebra.

Kepada sesiapa2 yang berminat sila hantar maklumat2 peribadi anda yang mengandungi butir2 spt berikut: Nama Penuh, Alamat, Email, No. Tel (H/P).

Maklumat bolehlah di hantar ke email berikut: band.algebra@gmail.com atau king.algebra@yahoo.com

Sekian dimaklumkan… Terima Kasih.. :-)

Show Intifadha

Majlis Penutup Untukmu Palestin: Konsert Keamanan

11hb Januari 2009.Stadium Titiwangsa di gegarkan dengan laungan takbir berkali2 oleh hadirin yang hadir pada malam itu. Tahniah buat pelajar2 UKM, KL atas semangat krjasama yg di berikan bagi enjayakan program ini. Juga terima kasih dan tahniah kepada AMAN PALESTIN diatas anjuran serta peluang bekerjasama bagi menjayakan konsert ini. Persembahan pd malam itu dimulakan dengan nyanyian Nazery Johany, disusuli dengan live performance dari kami, Algebra, di sambung pula dengan persembahan bertenaga dari Mu’adz, dan diakhiri dgn persembahan dari kumpulan Inteam. Majlis ditutup oleh bacaan doa (oleh Bro. Muadz) yang penuh dengan harapan hati kami sbg umat Islam yang mengharapkan keamanan di bumi Palestin. Konsert pada malam itu di anjurkan bertujuan untuk mengumpul dana bagi membantu rakyat2 Palestin. Insya Allah semoga dengan usaha ini dpt  memberikan sdikit sebnyak bantuan ikhlas  kpd mereka di sana. dan juga semoga dgn usaha ini, mereka2 yang terlibat akan sentiasa di berkati dan dirahmati Allah….. Insya Allah…

Palestin…

SAVE GAZA!!!!

Salam… kini dunia sekali lagi digemparkan dgn isu yg kita tak tahu bila akan brakhir,iaitu isu palestin. Rejim zionist sekali lagi mencabar kesabaran umat Islam sedunia dengan melancarkan beberapa serangan yang kononnya dikatakan sbg serangan untuk memelihara keamanan tanah air mrk. Disini,Malaysia tnh air tercinta.. Kita berasa sgt bertuah krn semua itu tidak brlaku. Ttp disebalik keamanan yang kita ada seharusnya kita mendoakan agar saudara2 kita disana diberikn kekuatan untuk menghadapi ujian yang maha hebat ini. Saudara2 sklian.. apakah yang harus kita lakukan? Sama2 kita fikirkn dan renungkn…… TAKBIR!!!!

PERHIMPUNAN RAPAT UMUM LAMBANG KEBANGKITAN ROH JIHAD RAKYAT MALAYSIA!

Inilah antara gambar2 di Perhimpunan Rapat Umum, Rise for Gaza yang brlangsung di StadiumMalawati, Shah Alam…..

Show Algebra

-Bertempat di Taman Tasik titiwangsa

Komen Album ALGEBRA: Yang Benar Tetap Benar di Utusan terbitan 5 Jan. 2009

Buah tangan bekas mufti

KOMEN: Algebra bertuah kerana hampir kesemua lirik lagu nyanyian mereka dalam album ini merupakan hasil buah tangan bekas Mufti Perlis, Dr. Mohd. Asri Zainul Abidin termasuklah lagu kontroversi Aku Bukan Musuh Harta nyanyian mereka bersama kumpulan Kopratasa.

Uniknya album yang berkonsepkan nasyid ini ialah penyerlahan gaya alunannya bukan seperti irama nasyid kontemporari biasa tetapi lebih ke arah pop dan mungkin sedikit seperti slow rock.

Perkara itu tidak menghairankan kerana Algebra mengambil pendekatan penampilan lagu berteraskan instrumen moden seperti dram, gitar dan bass.

 

Judul Album: Yang Benar Tetap Benar
Artis: Algebra
Konsep Muzik: Nasyid dan Pop
Terbitan:
Nasyeed Edutainment Publishing Sdn. Bhd.

Berita dari: Utusan Online

Algebra @ Tesco Banting

Show at 5pm.

Hijrah…

Salam Maal Hijrah semua…

Berbicara tentang hijrah, apakah perancangan anda semua di tahun baru ini? Adakah ingin berhijrah kepada yang lebih baik? Terpulanglah kepada anda. Tepuk dada tanya selara. Tetapi, tiap amalan itu hendaklah dimulakan dengan niat. Seperti hadis Rasulullah S.A.W. yang bermaksud, Dari Amirul Mukminin, Abu Hafsh, Umar bin Khathab ra. berkata: Aku mendengar Rasulullah S.A.W. bersabda, “Sesungguhnya diterimanya amal perbuatan itu tergantung pada niatnya, dan sesungguhnya setiap orang akan mendapat apa yang ia niatkan. Barangsiapa berhijrah kerana Allah dan Rasul-Nya, maka hijrahnya (akan diterima) sebagai hijrah kerana Allah dan Rasul-Nya, dan barangsiapa berhijrah kerana dunia yang akan ia peroleh atau wanita yang hendak dinikahinya, maka ia akan mendapati apa yang ia tuju”. Oleh itu betulkanlah niat kita sebelum membuat sesuatu keputusan agar ianya mendapat keredhaan Allah..

Ohh.. sebelum terlupa, pada 29 Dis. 08 lepas bertempat di KUIS (Kolej Universiti Islam Antarabangsa Selangor), Bangi, Algebra bertiga sahaja (King, Hafiedz, dan Aky) telah menghadiri satu pertandingan nasyid yang di namakan ‘Festival Nasyid Maal Hijrah Peringkat Negeri Selangor’. Festival ini merupakan anjuran JAIS (Jabatan Agama Islam Selangor) bersama Nasyeed.Com sebagai Event Coordinator sepanjang program ini. Terdapat beberapa perkara sepanjang pertandingan ini yang menarik perhatian kami. Hehe.. :-) Dari 13 kumpulan yang bertanding, terdapat satu kumpulan yang mengelarkan diri mereka DE FINE, telah membuat percubaan berani dengan membawa single dari album ALGEBRA: Yang Benar Tetap Benar iaitu lagu ‘Aku Rela’. Pada amatan Algebra, kumpulan ini berpotensi untuk lebih maju. Perkara lain yang menarik perhatian kami adalah persembahan dari satu-satunya kumpulan muslimah yang bertanding di festival ini. Menggelarkan diri mereka THE SISTERS, persembahan mereka cukup memukau dan mereka mendapat komen yang paling bagus dari para juri. Persembahan mereka simple dan bersahaja sehingga penonton2 merasakan berada di konsert di satu kawasan di Timur Tengah kerana lagu dan gabungan vokal mereka ala-ala kumpulan nasyid dari sana. THE SISTERS telah menyandang gelaran juara dalam pertandingan ini. Tahniah diucapkan kepada THE SISTERS.. :-)

Sepanjang pertandingan ini berlangsung, kumpulan MESTICA telah menghiburkan penonton dengan 2 buah lagu hit mereka dari album ke3, (MESTICA 313) iaitu BADAR 313 dan Nasuha. Mereka muncul pada 2 slot iaitu di pertengahan pertandingan dan di akhir pertandingan. Persembahan mereka dengan lagu Badar 313 cukup bertenaga dan mengujakan penonton. Kali ini MESTICA muncul berempat dengan anggotanya yang lengkap iaitu Abg.Razin,Abg.Khairul,Abg.Khalil,dan Abg.Epul. Selepas MESTICA mempersembahkan lagu Nasuha pada akhir pertandingan, para penonton lagi sekali digegarkan dengan persembahan mantap dari penyanyi lagu-lagu hadis, Mu’adz dengan lagunya yang bertenaga juga iaitu ’Stand Up’. Persembahan Mu’adz diiringi oleh Hafiedz Algebra sebagai sessionist percussion di atas pentas itu. Juri-juri yang terlibat didalam festival nasyid ini adalah ‘otai-otai’ dalam bidang muzik dan nasyid iaitu Dakmie ( Producer,komposer dan juga juri Akademi Nasyid), Ustaz Asri Rabbani (Penyanyi utama kumpulan Rabbani), dan Ustaz Sohibul Fadil Sabikin (Perintis nasyid di Malaysia dan juga penerbit kumpulan Rabbani).

Berita oleh: Raja Farhan