Dugaan dan Cabaran….

Perjalanan dari Shah Alam Ke Skudai….

Assalamualaikum… Hehe… kali ni ktorg nak share pengalaman ktorang ke Skudai… Pada 26 Jun lepas ktorg bertolak ke Skudai dari Shah Alam tepat jam 1.15pm selepas ambik Ahnaf yg kat gombak (Mase tu die ade Exam kat UIA). KAmi dibawa menaiki toyota unser yang dipandu oleh abg Razin (MESTICA). Pemanduan agak pantas kerana mengejar masa. Manakan tidak kan? Show pada sebelah malamnye… Huhuhu….

Peristiwa di hentian Sebelah Yong Peng….

Perjalanan lancar dari Shah Alam, pabila masuk tiba di kawasanyang ada tertera ‘Hentian Sebelah Yong Peng’ kami berhenti seketika. Dan disini lah berlaku peristiwa yang kami takkan lupakan. Hehehe… Di mna toyota Unser yang kami naiki mengalami kebocoran di bahagian penakung minyak clucth. Hehe.. apa lagi? Kena tunda la kami hingga ke bengkel berhampiran.

Bergegas…

Hampir 2 jam kami tersadai di bengkel. Semua dah naik sewel kepala masing2 menunggu. Hehehe.. tapi still mantain cool laaa… Hehe… bila taukeh workshop cakap siap kami bergegas teruskan perjalanan kami ke Skudai. Perjalanan mengambil masa dalam sejam jugak…. Sampai di tempat show kami terus transform dan setup equipment2. Mujurlah kami di berikan giliran untuk show akhir sekali. Sempat juga kami tonton show daripada Awang BPR (Bumi Putera Rockers), Zack Kool, dan beberapa grup2 band indie. Tak lupa juga persembahan dari Kak Liea (Liea Az-Zahra) artis baru dari Hijjaz. Setelah selesai segala2nya kami terus menuju pulang ke Shah Alam kerana Abg.Razin ada tugas lain pula esok pagi nya. Hehehehehe

Ini lah yang dikatakan dugaan dan cabaran. Dan yang kami tak dapat lupa adalah dimana kami semua di tunda dengan tow car hingga ke bengkel. Hehehe… Rasa macam kena escort pun ade. Huhu…. Bagaimana pun terima kasih buat Abg. Os dan Abg Bad R-One kerana menjemput kami membuat persembahan pada malam tersebut…

Wallahualam…..

Leave a comment

Your comment



Animal Captcha