Perkampungan Bintang Nasyid Mukmin

Pelbagai aktiviti seni budaya islam telah diadakan  untuk menyemarakkan industri nasyid kita. Segala usaha ini adalah penting dalam menyerapkan nilai-nilai yang positif  juga mendorong kepada pembinaan ummah yang cemerlang.

Dengan itu, satu aktiviti perkampungan nasyid telah diadakan selama 3 hari bermula 10 Jun 2009 yang lepas sehingga 12 Jun 2009 bertempat di Camar Rimba,Bukit Cahaya Sri Alam ,Shah Alam melibatkan 12 buah sekolah rendah kebangsaan dan sekolah rendah agama dari seluruh Malaysia. Objektif perkampungan ini diadakan adalah untuk memberikan pendedahan kepada para peserta tentang teknik-teknik penggunaan vokal yang sesuai dan cara persembahan yang mantap dalam penyampaian sesebuah lagu itu.

Selepas pendaftaran pada yang bermula pada jam 2 tengahari, hari pertama di perkampungan  bermula dengan  aktiviti bengkel ‘Train for Trainer’ untuk para guru pendamping oleh saudara Dakmie dan game show  untuk para peserta. Majlis perasmian telah diadakan pada sebelah malam.

Pengisian hari kedua adalah lebih menyentuh kepada penguasaan individu iaitu bengkel latihan vokal oleh saudara Dakmie dan Razin Mestica. Pada sebelah petang dan malam, saudara  Radzlan One Faith  mengendalikan ‘Motivasi Keterampilan Diri’ untuk para peserta dan bengkel ‘Persembahan’ oleh saudara Waie Amrain.

Hari terakhir lebih menumpukan kepada persiapan akhir untuk Pertandingan Akhir Juara Bintang Nasyid Mu’min yang berlangsung pada sebelah petangnya. Di sebelah pagi,para peserta telah menyertai aktiviti senaman yang dikendalikan oleh Sis Mass. Ceramah motivasi Dr Mu’min iaitu wakil dari Al-Meswak Mu’min telah mengisi slot akhir bengkel  yang berakhir pada jam 12 tengahari.

Berita Oleh: Sis Zameela (Praktikum)

http://www.nasyeed.com/v8/index.php?option=com_content&task=view&id=444&Itemid=1

Persembahan Algebra,Nusantara,Amrain (Waie),MESTICA (Razin) di majlis perasmian

* Petikan Berita dari: Nayeed.Com

Leave a comment

You must be logged in to post a comment.