Dunia kini semakin…….???
Mungkin ada yang boleh menyambung ayat diatas. Mungkin positif atau negatif, ianya subjektif pada semua… Namun realitinya masa kini dunia ini sebenarnya semakin hampir ke penghujungnya. Cuma masanya sahaja belum diketahui bila.. Gerun bila memikirkan dunia ini akan hancur, musnah. Terlintas difikiran segala musibah yang bakal melanda.. Beberapa hari yang lepas penulis ada mendapat maklumat tentang bencana2 alam yang boleh kita katakan aneh atau tak masuk akal jika difikir secara logik.
Pertama, berlaku di Jerantut Pahang.. Gempa bumi berlaku di bumi Malaysia. Sedangkan bumi Malaysia kita tidak berada di kawasan yang boleh berlaku gempa bumi. Tak masuk akal kan? Yang kedua,penulis ada terbaca di akhbar tentang amukan alam semulajadi dimana letusan gunung berapi dasar laut telah terjadi di antara kepulauan2 di lautan pasifik. Artikel tersebut disertakan dengan gambar2 fenomena itu. Letusan yang dahsyat itu telah memuntah kan debu2 dan batu2 dari dasar laut! Asap menyelubungi langit dengan bermeter2 tingginya….!
Subhanallah….. Jika difikir2kan kembali semua itu adalah “kun fayakun”. “Jika Allah berkata jadi maka jadilah ia”….. Kesimpulannya Allah telah memberikan tanda2 kepada orang2 yang beriman supaya kembali mengadapNya dengan menjauhkan perkara2 mungkar di atas bumi Nya ini. Pendapat penulis untuk sambungan ayat di atas adalah “Dunia kini semakin bosan” Bosan dengan perilaku2 penghuninya yang tidak tahu untuk bersyukur di bumi Allah ini. Penulis menulis disini bukanlah untuk menakutkan sesiapa cuma mahu berpesan pada diri sendiri serta mana2 insan yang terdetik dihatinya agar kita kembali ingatkan Nya kerna dunia kini semakin bosan.. Sama2lah kita mengingatinya serta beriman kepada Nya kembali..
Wallahualam……

trima ksih ats peringtn tu. byk cntoh dh berlaku, mcm kjadian tsunami dulu. tak terjangkau fikirn kta akn berlaku tsunami kt m`sia ni. tp Allah dh kta “kun fayakun”…maka jadilah ia. maka berlakulah dgn izin Allah. sama2 lah kta renungkn.