Selamat Pengantin Baru…..
15 Mac 2009, tarikh bermakna buat ahlil Algebra yang paling senior (Hafiedz) Heheheheh….. kerana beliau telah selamat di ijab kabulkan dengan pasangannya Pn. Rafidah Hamidi. Majlis dilangsungkan di rumah pengantin perempuan yang bertempat disekitar kawasan Cheras. Kami menghadiri majlis tersebut walaupun Ahnaf tak dapat turut serta. Majlis berjalan dengan lancar walaupun dalam keadaan bersederhana tetapi pada kami ianya tidak menjadi masalah asalkan mempelai bahagia. Bak kata orang dulu, “benda yang bagus jangan dilengahkan” hehehe….
Hai.. Dah kahwin dah sorang Algebra ye? Yang lain cmne? Hehehe… Sabar… Perjalanan masih jauh. Visi dan Misi haruslah dicapai terlebih dahulu dalam mengharungi kehidupan yang penuh ranjau dan onak duri ini. Apa2 pun tahniah buat Hafiedz dan Rafidah. Semoga perkahwinan kalian diberkati dan dimurahkan rezeki hendaknya.. Selamat Pengantin Baru….


tahniah2. semoga pernikahan ini d berkati & d rahmati Allah. moga mendpt zuriat yg soleh n solehah.