Hijrah…

Salam Maal Hijrah semua…

Berbicara tentang hijrah, apakah perancangan anda semua di tahun baru ini? Adakah ingin berhijrah kepada yang lebih baik? Terpulanglah kepada anda. Tepuk dada tanya selara. Tetapi, tiap amalan itu hendaklah dimulakan dengan niat. Seperti hadis Rasulullah S.A.W. yang bermaksud, Dari Amirul Mukminin, Abu Hafsh, Umar bin Khathab ra. berkata: Aku mendengar Rasulullah S.A.W. bersabda, “Sesungguhnya diterimanya amal perbuatan itu tergantung pada niatnya, dan sesungguhnya setiap orang akan mendapat apa yang ia niatkan. Barangsiapa berhijrah kerana Allah dan Rasul-Nya, maka hijrahnya (akan diterima) sebagai hijrah kerana Allah dan Rasul-Nya, dan barangsiapa berhijrah kerana dunia yang akan ia peroleh atau wanita yang hendak dinikahinya, maka ia akan mendapati apa yang ia tuju”. Oleh itu betulkanlah niat kita sebelum membuat sesuatu keputusan agar ianya mendapat keredhaan Allah..

Ohh.. sebelum terlupa, pada 29 Dis. 08 lepas bertempat di KUIS (Kolej Universiti Islam Antarabangsa Selangor), Bangi, Algebra bertiga sahaja (King, Hafiedz, dan Aky) telah menghadiri satu pertandingan nasyid yang di namakan ‘Festival Nasyid Maal Hijrah Peringkat Negeri Selangor’. Festival ini merupakan anjuran JAIS (Jabatan Agama Islam Selangor) bersama Nasyeed.Com sebagai Event Coordinator sepanjang program ini. Terdapat beberapa perkara sepanjang pertandingan ini yang menarik perhatian kami. Hehe.. :-) Dari 13 kumpulan yang bertanding, terdapat satu kumpulan yang mengelarkan diri mereka DE FINE, telah membuat percubaan berani dengan membawa single dari album ALGEBRA: Yang Benar Tetap Benar iaitu lagu ‘Aku Rela’. Pada amatan Algebra, kumpulan ini berpotensi untuk lebih maju. Perkara lain yang menarik perhatian kami adalah persembahan dari satu-satunya kumpulan muslimah yang bertanding di festival ini. Menggelarkan diri mereka THE SISTERS, persembahan mereka cukup memukau dan mereka mendapat komen yang paling bagus dari para juri. Persembahan mereka simple dan bersahaja sehingga penonton2 merasakan berada di konsert di satu kawasan di Timur Tengah kerana lagu dan gabungan vokal mereka ala-ala kumpulan nasyid dari sana. THE SISTERS telah menyandang gelaran juara dalam pertandingan ini. Tahniah diucapkan kepada THE SISTERS.. :-)

Sepanjang pertandingan ini berlangsung, kumpulan MESTICA telah menghiburkan penonton dengan 2 buah lagu hit mereka dari album ke3, (MESTICA 313) iaitu BADAR 313 dan Nasuha. Mereka muncul pada 2 slot iaitu di pertengahan pertandingan dan di akhir pertandingan. Persembahan mereka dengan lagu Badar 313 cukup bertenaga dan mengujakan penonton. Kali ini MESTICA muncul berempat dengan anggotanya yang lengkap iaitu Abg.Razin,Abg.Khairul,Abg.Khalil,dan Abg.Epul. Selepas MESTICA mempersembahkan lagu Nasuha pada akhir pertandingan, para penonton lagi sekali digegarkan dengan persembahan mantap dari penyanyi lagu-lagu hadis, Mu’adz dengan lagunya yang bertenaga juga iaitu ’Stand Up’. Persembahan Mu’adz diiringi oleh Hafiedz Algebra sebagai sessionist percussion di atas pentas itu. Juri-juri yang terlibat didalam festival nasyid ini adalah ‘otai-otai’ dalam bidang muzik dan nasyid iaitu Dakmie ( Producer,komposer dan juga juri Akademi Nasyid), Ustaz Asri Rabbani (Penyanyi utama kumpulan Rabbani), dan Ustaz Sohibul Fadil Sabikin (Perintis nasyid di Malaysia dan juga penerbit kumpulan Rabbani).

Berita oleh: Raja Farhan

Leave a comment

You must be logged in to post a comment.