Nasyid & Friends Gathering
Salam.. Pada 13 Dis.2008 lalu Algebra telah menghadiri satu program gathering yang bertempat di pejabat Nasyeed.Com.”Mesra di Alam Maya Bersua di Alam Nyata”, itulah tema bagi program gathering yang dinamakan Nasyid & Friends. Program ini adalah hasil usahasama Nasyeed.Com dan Nasyid FM(Dari Singapura) dengan kerjasama Persatuan Penggiat Industri Nasyid Malaysia(PIN) adalah untuk meraikan para peminat dan penggiat industri nasyid yang selama ini banyak menyokong 2 komuniti ini dalam usaha untuk menaikkan industri nasyid ke mata dunia. Ya.. Sebelum terlupa, aturan majlis dimulakan dengan bacaan doa oleh Ust Sohibul Fadhil Sabikin (penggiat terawal yang memperkenalkan industri nasyid di Malaysia), diikuti dengan ucapan dari CEO Nasyid fm iaitu En.Muhammad Firdaus Zamri dan Presiden PIN iaitu En.Mahadi Mohd.
Majlis ini juga turut diserikan dengan kehadiran beberapa rakan artis, antaranya abg2. Mestica, Bro.Zaidi (Wildan), InHeart(Akademi Nasyid), Sofieya(Akademi Nasyid), Waheeda, dan juga Ust. Akil Hayy. Pada majlis tersebut Algebra turut membuat persembahan berkonsepkan akustik dengan menyampaikan lagu-lagu dari album ‘Yang Benar tetap Benar’ (album kami.. hehe) Dapat disimpulkan disini bahawa dengan adanya program sebegini telah dapat merapatkan lagi ukhuwah di kalangan peminat dan penggiat industri nasyid walau dimana sekalipun mereka berada….
::-king-::
Ehsan Nasyeed.Com

