Maaf……

Salam…. Kepada peminat2 Algebra, beribu kemaafan dipohon atas penangguhan blog ini. Ini disebabkan beberapa masalah teknikal yang berlaku di blog ini dan hari ini telah di selesaikan masalahnya dan kita boleh berhubung kembali dan Insya allah jika ada apa2 update kami akan beritahu secepat mungkin kpd anda. Salam… Terima kasih

Dugaan dan Cabaran….

Perjalanan dari Shah Alam Ke Skudai….

Assalamualaikum… Hehe… kali ni ktorg nak share pengalaman ktorang ke Skudai… Pada 26 Jun lepas ktorg bertolak ke Skudai dari Shah Alam tepat jam 1.15pm selepas ambik Ahnaf yg kat gombak (Mase tu die ade Exam kat UIA). KAmi dibawa menaiki toyota unser yang dipandu oleh abg Razin (MESTICA). Pemanduan agak pantas kerana mengejar masa. Manakan tidak kan? Show pada sebelah malamnye… Huhuhu….

Peristiwa di hentian Sebelah Yong Peng….

Perjalanan lancar dari Shah Alam, pabila masuk tiba di kawasanyang ada tertera ‘Hentian Sebelah Yong Peng’ kami berhenti seketika. Dan disini lah berlaku peristiwa yang kami takkan lupakan. Hehehe… Di mna toyota Unser yang kami naiki mengalami kebocoran di bahagian penakung minyak clucth. Hehe.. apa lagi? Kena tunda la kami hingga ke bengkel berhampiran.

Bergegas…

Hampir 2 jam kami tersadai di bengkel. Semua dah naik sewel kepala masing2 menunggu. Hehehe.. tapi still mantain cool laaa… Hehe… bila taukeh workshop cakap siap kami bergegas teruskan perjalanan kami ke Skudai. Perjalanan mengambil masa dalam sejam jugak…. Sampai di tempat show kami terus transform dan setup equipment2. Mujurlah kami di berikan giliran untuk show akhir sekali. Sempat juga kami tonton show daripada Awang BPR (Bumi Putera Rockers), Zack Kool, dan beberapa grup2 band indie. Tak lupa juga persembahan dari Kak Liea (Liea Az-Zahra) artis baru dari Hijjaz. Setelah selesai segala2nya kami terus menuju pulang ke Shah Alam kerana Abg.Razin ada tugas lain pula esok pagi nya. Hehehehehe

Ini lah yang dikatakan dugaan dan cabaran. Dan yang kami tak dapat lupa adalah dimana kami semua di tunda dengan tow car hingga ke bengkel. Hehehe… Rasa macam kena escort pun ade. Huhu…. Bagaimana pun terima kasih buat Abg. Os dan Abg Bad R-One kerana menjemput kami membuat persembahan pada malam tersebut…

Wallahualam…..

Algebra Show

Di RTM

8.00 am

Perkampungan Bintang Nasyid Mukmin

Pelbagai aktiviti seni budaya islam telah diadakan  untuk menyemarakkan industri nasyid kita. Segala usaha ini adalah penting dalam menyerapkan nilai-nilai yang positif  juga mendorong kepada pembinaan ummah yang cemerlang.

Dengan itu, satu aktiviti perkampungan nasyid telah diadakan selama 3 hari bermula 10 Jun 2009 yang lepas sehingga 12 Jun 2009 bertempat di Camar Rimba,Bukit Cahaya Sri Alam ,Shah Alam melibatkan 12 buah sekolah rendah kebangsaan dan sekolah rendah agama dari seluruh Malaysia. Objektif perkampungan ini diadakan adalah untuk memberikan pendedahan kepada para peserta tentang teknik-teknik penggunaan vokal yang sesuai dan cara persembahan yang mantap dalam penyampaian sesebuah lagu itu.

Selepas pendaftaran pada yang bermula pada jam 2 tengahari, hari pertama di perkampungan  bermula dengan  aktiviti bengkel ‘Train for Trainer’ untuk para guru pendamping oleh saudara Dakmie dan game show  untuk para peserta. Majlis perasmian telah diadakan pada sebelah malam.

Pengisian hari kedua adalah lebih menyentuh kepada penguasaan individu iaitu bengkel latihan vokal oleh saudara Dakmie dan Razin Mestica. Pada sebelah petang dan malam, saudara  Radzlan One Faith  mengendalikan ‘Motivasi Keterampilan Diri’ untuk para peserta dan bengkel ‘Persembahan’ oleh saudara Waie Amrain.

Hari terakhir lebih menumpukan kepada persiapan akhir untuk Pertandingan Akhir Juara Bintang Nasyid Mu’min yang berlangsung pada sebelah petangnya. Di sebelah pagi,para peserta telah menyertai aktiviti senaman yang dikendalikan oleh Sis Mass. Ceramah motivasi Dr Mu’min iaitu wakil dari Al-Meswak Mu’min telah mengisi slot akhir bengkel  yang berakhir pada jam 12 tengahari.

Berita Oleh: Sis Zameela (Praktikum)

http://www.nasyeed.com/v8/index.php?option=com_content&task=view&id=444&Itemid=1

Persembahan Algebra,Nusantara,Amrain (Waie),MESTICA (Razin) di majlis perasmian

* Petikan Berita dari: Nayeed.Com

Dunia kini semakin…….???

Mungkin ada yang boleh menyambung ayat diatas. Mungkin positif atau negatif, ianya subjektif pada semua… Namun realitinya masa kini dunia ini sebenarnya semakin hampir ke penghujungnya. Cuma masanya sahaja belum diketahui bila.. Gerun bila memikirkan dunia ini akan hancur, musnah. Terlintas difikiran segala musibah yang bakal melanda..  Beberapa hari yang lepas penulis ada mendapat maklumat tentang bencana2 alam yang boleh kita katakan aneh atau tak masuk akal jika difikir secara logik.

Pertama, berlaku di Jerantut Pahang.. Gempa bumi berlaku di bumi Malaysia. Sedangkan bumi Malaysia kita tidak berada di kawasan yang boleh berlaku gempa bumi. Tak masuk akal kan? Yang kedua,penulis ada terbaca di akhbar tentang amukan alam semulajadi dimana letusan gunung berapi dasar laut telah terjadi di antara kepulauan2 di lautan pasifik. Artikel tersebut disertakan dengan gambar2 fenomena itu. Letusan yang dahsyat itu telah memuntah kan debu2 dan batu2 dari dasar laut! Asap menyelubungi langit dengan bermeter2 tingginya….!

Subhanallah….. Jika difikir2kan kembali semua itu adalah “kun fayakun”. “Jika Allah berkata jadi maka jadilah ia”….. Kesimpulannya Allah telah memberikan tanda2 kepada orang2 yang beriman supaya kembali mengadapNya dengan menjauhkan perkara2 mungkar di atas bumi Nya ini. Pendapat penulis untuk sambungan ayat di atas adalah “Dunia kini semakin bosan” Bosan dengan perilaku2 penghuninya yang tidak tahu untuk bersyukur di bumi Allah ini. Penulis menulis disini bukanlah untuk menakutkan sesiapa cuma mahu berpesan pada diri sendiri serta mana2 insan yang terdetik dihatinya agar kita kembali ingatkan Nya kerna dunia kini semakin bosan.. Sama2lah kita mengingatinya serta beriman kepada Nya kembali..

Wallahualam……

Selamat Pengantin Baru…..

15 Mac 2009, tarikh bermakna buat ahlil Algebra yang paling senior (Hafiedz) Heheheheh….. kerana beliau telah selamat di ijab kabulkan dengan pasangannya Pn. Rafidah Hamidi. Majlis dilangsungkan di rumah pengantin perempuan yang bertempat disekitar kawasan Cheras. Kami menghadiri majlis tersebut walaupun Ahnaf tak dapat turut serta. Majlis berjalan dengan lancar walaupun dalam keadaan bersederhana tetapi pada kami ianya tidak menjadi masalah asalkan mempelai bahagia. Bak kata orang dulu, “benda yang bagus jangan dilengahkan” hehehe….

Hai.. Dah kahwin dah sorang Algebra ye? Yang lain cmne? Hehehe… Sabar… Perjalanan masih jauh. Visi dan Misi haruslah dicapai terlebih dahulu dalam mengharungi kehidupan yang penuh ranjau dan onak duri ini. Apa2 pun tahniah buat Hafiedz dan Rafidah. Semoga perkahwinan kalian diberkati dan dimurahkan rezeki hendaknya.. Selamat Pengantin Baru…. :-)

algebra @ Event UiTM (Dinner)

-Bertempat di Sime Darbey Hotel, pd jam 8mlm

Algebra @ Karnival Rakyat

-Bertempat di stadium melawati, Shah Alam.

-Pd jam 8 mlm

Show @ UIA Gombak

Program zikrulmaut

ALGEBRA@MMU

←Older